Sunday, May 13, 2012

The Real Life!

Assalamualaikum buat semua sahabat diluar sana yg sentiasa berada di dlm redha Allah selalu...
Kali ini masih ingin berkongsi cerita mengenai semester 2 aku di UUM

Kegiatan Luar Kuliah @ KLK merupakan satu aktiviti di luar kampus yang dianjurkan oleh sub-unit ko-k
aku iaitu Pembangunan Masyarakat
Ramai tertanya-tanya kenapa aku pilih subjek ini untuk ko-k aku...
Jawapan aku senang je,
"Untuk membantu membangunkan masyarakat secara holistik & jalinan hubungan yg baik kerana dengan perhubungan yang baik kita boleh memberi nasihat, pandangan & dorongan kpd segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum & agama"
Kita mungkin tidak mampu utk membantu dr aspek kewangan @ harta benda tetapi kita boleh membantu dengan perkongsian maklumat, idea & pengalaman dengan harapan mereka mengambil iktibar dr pengalaman yg dikongsikan bersama serta tidak mengulang semula kesilapan yg pernah kita lakukan...

KLK ini sangat bagus (pd pandangan aku lah kan) sebab dengannya kita mampu meneroka dunia luar & merasai apa yg org lain x pernah rasai
Bukan nak berlagak tp mmg betul
Tak semua org di dunia ni mampu masuk ke universiti, oleh itu bg aku yg sudah diterima masuk ke universiti ini merasakan inilah peluang yg perlu aku kejar & dptkan
Kerana selepas graduasi kita tak mungkin dpt melakukan perkara yg sama semasa di dlm universiti
Kita juga tak mungkin mampu mencari pengalaman yg sama apabila melangkah masuk ke alam pekerjaan

Oleh itu, pengalaman yg diraih semasa di UUM ini bakal menjadi pegangan buat aku apabila sudah bekerja nanti...bukan utk diri aku sahaja tetapi utk semua rakan-rakan aku

Kunjungan ke Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas & Universiti Sains Malaysia merupakan KLK pertama kami
Kami bertolak dr UUM pada seawal jam 8 pagi dan tiba di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti pada jam sekitar 12.15 tengah hari
Kami dibawa melihat kanak-kanak yang ditinggalkan & membesar tanpa ayah dan ibu mereka
Dari sang bayi sehinggalah yang berumur sekitar 1 hingga 4 tahun
Rasa kasihan mula menyentuh sanubari hati






Kami tidak dibenarkan mengambil gambar mereka demi maruah yg perlu dilindungi
Walaupun kenangan itu tali ikatannya ialah gambar tapi kami akur dengan arahan dari pihak atasan rumah kanak-kanak tersebut
Sempat menunaikan solat Zuhur di situ sebelum meneruskan perjalanan ke USM, Penang

Rombongan kami tiba di USM sekitar jam 3 petang
Kami dibawa melawat sekitar USM & kemudian ke Pusat Racun Negara yg menjadi kebanggaan warga USM...
Nak tahu kenapa????
Sebab Pusat Racun ini adalah satu-satunya yg ada di Malaysia
Kami pun tumpang gembira kerana sudah menjejakkan kaki di sini
Kami diterangkan serba sedikit tentang jenis2 racun & penyakit-penyakit yang boleh didapati apabila kita terkena racun





Sebelum pulang kami sempat berkunjung sebentar di Queensby Mall, Penang
Orang Penang cakap mall ni tempat paling famous kat Penang
Memang betul pun, ramai sangat pengunjungnya
Dengan deretan kedai yang banyak & jualan baranagan yang cukup branded tak hairanlah ia menjadi tempat tumpuan bukan sahaja pelancong malah penduduk tempatan

Ok lah smapai sini coretan utk kali ini
Sudah semsertinya saya akan berkongsi pengalaman lain pd coretan akan dtg
Insyallah...

No comments:

Post a Comment