Wednesday, April 25, 2012

Sebarkan Bahagia....



Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati

Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

~FATIMAH SYARHA~


Add caption

Hidup Baru, Matlamat Baru & Sahabat Baru!

Assalamualaikum semua sahabat yg dirahmati Allah.....


Kali ni tak mahu lg cerita tntg masa lalu tp nak cerita tntg pengalaman aku sbg pelajar semester 1 di
UUM...


Junior!
Gelaran bg semua budak semeter 1
Masa ni masih tak tahu apa2 lg
Aktiviti pun tak byk yg disertai
Tapi aku bangga sebab di DPP Sime Darby inilah aku berani untuk menjadi penderma darah
Buat pertama kali dlm hidup aku, aku derma darah
Hehehehhe takut pun ade jugak
Melangkah ke Dewan Seroja dgn rase takut
Ajak Hasanah (kawan yg pertama aku kenal masa masuk UUM ni) tup tup dia 
tak boleh nak derma sebab doktor tu cakap darah dia cukup utk dia sorang je
So bila aku lepas, Alhamdulillah....
Semoga usaha murni ini diredhai & dirahmati Allah
Niat aku hanya 1 iaitu utk membantu mereka yg kesusahan kerana Allah
Time tengah derma darah siap telefon Mama lagi utk beri tahu bahawa
anak die ni sedang menderma darah


Dulu pernah jugak nak derma tapi Mama tak bagi jadi hasrat tu dipendam macam tu je
Heheheheeh tak mengapa sebab sekarang sudah ada buku rekod derma darah


Sebut pasal Ko-K, mula-mula tak tahu jugak
berminggu-minggu baru dapat biasakan panggil kokurikulum tu ko-k
Kat JB orang panggil ko-ko kat Kedah org panggil ko-k
Menjalani hidup sebagai mahasiswi memang mencabar
Selain dpt kenal ramai kawan2 baru dpt jugak melawat tempat2 baru
Tempat pertama aku pergi bersama kakak senior ialah makan ikan bakar di Kuala Perlis
Terima kasih sgt kpd kak Julie, kak Ain, kak fifah, kak adam & fathin sebab sudi ajak
aku berbuka puasa di sana
Best sgt...tak tahu bole keluar dgn diorang lg...



Yg ni pula masa Hari Ukhuwah...semua pelajar semester 1 wajib utk join program ni
1 hari suntuk jelajah UUM
Pertam kali aku memanah, berkayak dan sentuh kuda
Semua aku cuba demi utk mendapatkan check point
Rashidah & aku memang sekepala,semua kita berdua cuba
Program ni juga membawa aku mendaki (hihihihi bukanlah mendaki tapi naik tangga) ke Puncak Vista
Huhuhuhu rase bangga sikit sebab semester 1 sudah sampai kat sini...ramai rupanya pelajar2 senior yg tak pernah sampai pun Puncak Vista ni....





Ok lah sampai sini dulu coretan sbg pelajar semester 1
Di coretan akan datang saya kongsikan pengalaman di semester 2 yang menyeronokkan....
Semoga bertemu kembali...Insyallah


Thursday, April 12, 2012

Bermulanya fasa baru dalam hidupku...

Tanggal 4 Julai 2010 merupakan tarikh yang tidak mungkin aku lupakan dalam lipatan sejarah hidupku
Setelah bermalam di rumah Uncle Bakar di Sungai Petani selama 2 malam,aku bersama mama,abah dan kakak bertolak ke UUM pada pagi 4 Julai 2010
Sempat juga berkunjung ke Pekan Rabu dalam perjalanan ke UUM
Bagi diriku perjalanan ini akan berakhir tidak lama lagi
Selepas ini, aku akan terpisah jauh dari keluarga

Kami tiba di Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby UUM pada pukul 11.30 pagi (tak ingat pukul
berapa sebenarnya tapi memang confirm sebelum pukul 12 tengah hari kami dah sampai)
Melihat kemeriahan yang berlangsung hatiku mula bergetar seribu,kepala lutut dah makin longgar,
peluh lagilah jangan cakap, dah basah satu baju rasanya...

Mama dan Abah nampak tenang,rasanya sudah redha dengan kepergian anaknya untuk menuntut ilmu
di negeri orang sekali lagi
Bukan kali pertama Abah dan Mama melepaskan anaknya pergi menuntut ilmu & menjadi perantau di negeri orang, Kakak adalah contoh terbaik dalam keluarga kami,
Menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah sememangnya satu cabaran bukan sahaja kepada Kakak tetapi juga Mama dan Abah...

Kakak tidak sudah-sudah mengingatkan diriku tentang perjalanan hidup yang bakal dilalui
selepas ini
Katanya "Jangan nakal-nakal, belajar dengan sungguh-sungguh, kalau boleh libatkan diri dengan setiap aktiviti yang diadakan di UUM & rebut peluang yang datang untuk bangunkan potensi diri sebab pengalaman yang dapat di UUM ni tak boleh diperolehi di mana-mana selepas kau konvo nanti"

Mama pula,"Jadilah seorang wanita & pelajar yang matang, tabah, kuat, berfikiran optimis dan ada keyakinan diri agar kita tidak patah semangat, boleh terus berjalan walaupun seribu halangan yang datang & boleh bangkit semula selepas terjatuh"
Nasihat Mama ini mengingatkan aku tentang 'kebangkitan' yang aku lakukan selepas 'terjatuh' semasa menghadapi SPM,
Bangkit semula dengan memilih STPM untuk melanjutkan pelajaran adalah pilihan yang tepat bagiku,
Mungkin tepat bagi diriku tapi mungkin tidak pada orang lain
Dengan keputusan yang sememangnya mengecewakan diriku, aku sedar tiada satu universiti pun yang ingin mengambil aku sebagai mahasiswi mereka
Bukan tiada tawaran tetapi diri ini CUKUP sedar bahawa aku memang tidak layak untuk masuk mana-mana universiti sekalipun
Jadi tawaran melanjutkan ke peringkat STPM aku terima dengan penuh redha dan penuh bersemangat
walau seribu cemuhan yang datang
Aku kuatkan semangat, Kakak adalah pendorong utama ketika itu,kata-katanya masih segar diingatan;
"Ayu,belajar kat mana-mana pun sama je,kalau kau yakin, kau mesti boleh, tebus balik keputusan SPM kau tu dengan belajar betul-betul time STPM,buktikan kau boleh masuk universiti dengan keputusan & grade yang lebih baik, biarlah ape orang sekeliling nak cakap, kau yang tentukan masa depan kau, mulut orang lain memang tak boleh nak tutup..."

Kembali kepada situasi pendaftaran di UUM,
Abah berdiri sambil memandangku dengan mata sayunya,
"Jaga diri baik-baik, ingat Allah selalu, jangan tinggal solat", itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Abah
"Insyallah", itu yang terkeluar dari mulutku
Sempat makan tengah hari di kafe Sime Darby
Sesudah barang siap masuk dalam bilik baru aku, Mama & Abah sudah mahu pulang
Berat hati rasanya untuk melepaskan mereka pulang tanpa diriku (rasanya mereka macam aku juga)
Akhirnya hanya lambaian yang aku titipkan sehingga Avanza Toyota itu hilang dari pandanganku...
Kini tinggallah aku di bumi Sintok ini berbekalkan segunung semangat untuk bergelar seorang mahasisiwi

Hehehehe tiba-tiba feeling pulak bila teringatkan masa lalu
Sememangnya aku yang sekarang bukanlah aku yang dulu namun semangat & kekentalan masih sama
Masih bersemangat & yakin menghadapi hidup malah bertambah kuat dengan kasih sayang Allah yang dihadirkan dalam bentuk dugaan & cabaran yang perlu dihadapi
Tabah, redha, usaha & yakin itulah kunci utama aku untuk terus melangkah...

Sehingga berjumpa lagi di coretan yang akan datang...

Wednesday, April 11, 2012

A Journey to Remember...

Segalanya bermula di sini....

Langkah hidupku sekali lagi bermula apabila berganjak ke sebuah dunia baru
Bergelar mahasiswi Universiti Utara Malaysia sememangnya membuka lembaran baru dalam sejarah hidupku
Semester pertama sedia aku jalani dengan penuh kepayahan,bukan sedikit rasanya kepayahan yang dialami kerana pertama kali hidup berjauhan dari keluarga
Namun semua itu ditempuh dengan kesabaran...

Pertama kali melihat surat tawaran yang dikirim oleh UUM,terpaku seketika di muka pintu
Tak tahu nak berfikir apa,lidah pun kelu sebentar untuk berbicara,
Mama & Arwah Abah adalah tulang belakang ketika itu (sebenarnya bukan sahaja ketika itu tetapi sejak aku masih kecil lagi)...
Tempoh bertenang diambil...balik ke kampung setelah berhenti kerja dari Taska Q...
Termenung,termenung & termenung...
Makan,minum,tidur semuanya tak lena....
Akhirnya solat Istikharah menajdi pilihan....
Ya Allah...Kau berilah aku petunjuk....
Cukup seminggu Mama datang jemput aku di kampung...
Anggukan kepala mewakili persetujuan aku melanjutkan pelajran ke UUM.
Bermulalah fasa hidup baru dalam dunia seorang insan...