Wednesday, April 11, 2012

A Journey to Remember...

Segalanya bermula di sini....

Langkah hidupku sekali lagi bermula apabila berganjak ke sebuah dunia baru
Bergelar mahasiswi Universiti Utara Malaysia sememangnya membuka lembaran baru dalam sejarah hidupku
Semester pertama sedia aku jalani dengan penuh kepayahan,bukan sedikit rasanya kepayahan yang dialami kerana pertama kali hidup berjauhan dari keluarga
Namun semua itu ditempuh dengan kesabaran...

Pertama kali melihat surat tawaran yang dikirim oleh UUM,terpaku seketika di muka pintu
Tak tahu nak berfikir apa,lidah pun kelu sebentar untuk berbicara,
Mama & Arwah Abah adalah tulang belakang ketika itu (sebenarnya bukan sahaja ketika itu tetapi sejak aku masih kecil lagi)...
Tempoh bertenang diambil...balik ke kampung setelah berhenti kerja dari Taska Q...
Termenung,termenung & termenung...
Makan,minum,tidur semuanya tak lena....
Akhirnya solat Istikharah menajdi pilihan....
Ya Allah...Kau berilah aku petunjuk....
Cukup seminggu Mama datang jemput aku di kampung...
Anggukan kepala mewakili persetujuan aku melanjutkan pelajran ke UUM.
Bermulalah fasa hidup baru dalam dunia seorang insan...