Thursday, April 12, 2012

Bermulanya fasa baru dalam hidupku...

Tanggal 4 Julai 2010 merupakan tarikh yang tidak mungkin aku lupakan dalam lipatan sejarah hidupku
Setelah bermalam di rumah Uncle Bakar di Sungai Petani selama 2 malam,aku bersama mama,abah dan kakak bertolak ke UUM pada pagi 4 Julai 2010
Sempat juga berkunjung ke Pekan Rabu dalam perjalanan ke UUM
Bagi diriku perjalanan ini akan berakhir tidak lama lagi
Selepas ini, aku akan terpisah jauh dari keluarga

Kami tiba di Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby UUM pada pukul 11.30 pagi (tak ingat pukul
berapa sebenarnya tapi memang confirm sebelum pukul 12 tengah hari kami dah sampai)
Melihat kemeriahan yang berlangsung hatiku mula bergetar seribu,kepala lutut dah makin longgar,
peluh lagilah jangan cakap, dah basah satu baju rasanya...

Mama dan Abah nampak tenang,rasanya sudah redha dengan kepergian anaknya untuk menuntut ilmu
di negeri orang sekali lagi
Bukan kali pertama Abah dan Mama melepaskan anaknya pergi menuntut ilmu & menjadi perantau di negeri orang, Kakak adalah contoh terbaik dalam keluarga kami,
Menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah sememangnya satu cabaran bukan sahaja kepada Kakak tetapi juga Mama dan Abah...

Kakak tidak sudah-sudah mengingatkan diriku tentang perjalanan hidup yang bakal dilalui
selepas ini
Katanya "Jangan nakal-nakal, belajar dengan sungguh-sungguh, kalau boleh libatkan diri dengan setiap aktiviti yang diadakan di UUM & rebut peluang yang datang untuk bangunkan potensi diri sebab pengalaman yang dapat di UUM ni tak boleh diperolehi di mana-mana selepas kau konvo nanti"

Mama pula,"Jadilah seorang wanita & pelajar yang matang, tabah, kuat, berfikiran optimis dan ada keyakinan diri agar kita tidak patah semangat, boleh terus berjalan walaupun seribu halangan yang datang & boleh bangkit semula selepas terjatuh"
Nasihat Mama ini mengingatkan aku tentang 'kebangkitan' yang aku lakukan selepas 'terjatuh' semasa menghadapi SPM,
Bangkit semula dengan memilih STPM untuk melanjutkan pelajaran adalah pilihan yang tepat bagiku,
Mungkin tepat bagi diriku tapi mungkin tidak pada orang lain
Dengan keputusan yang sememangnya mengecewakan diriku, aku sedar tiada satu universiti pun yang ingin mengambil aku sebagai mahasiswi mereka
Bukan tiada tawaran tetapi diri ini CUKUP sedar bahawa aku memang tidak layak untuk masuk mana-mana universiti sekalipun
Jadi tawaran melanjutkan ke peringkat STPM aku terima dengan penuh redha dan penuh bersemangat
walau seribu cemuhan yang datang
Aku kuatkan semangat, Kakak adalah pendorong utama ketika itu,kata-katanya masih segar diingatan;
"Ayu,belajar kat mana-mana pun sama je,kalau kau yakin, kau mesti boleh, tebus balik keputusan SPM kau tu dengan belajar betul-betul time STPM,buktikan kau boleh masuk universiti dengan keputusan & grade yang lebih baik, biarlah ape orang sekeliling nak cakap, kau yang tentukan masa depan kau, mulut orang lain memang tak boleh nak tutup..."

Kembali kepada situasi pendaftaran di UUM,
Abah berdiri sambil memandangku dengan mata sayunya,
"Jaga diri baik-baik, ingat Allah selalu, jangan tinggal solat", itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Abah
"Insyallah", itu yang terkeluar dari mulutku
Sempat makan tengah hari di kafe Sime Darby
Sesudah barang siap masuk dalam bilik baru aku, Mama & Abah sudah mahu pulang
Berat hati rasanya untuk melepaskan mereka pulang tanpa diriku (rasanya mereka macam aku juga)
Akhirnya hanya lambaian yang aku titipkan sehingga Avanza Toyota itu hilang dari pandanganku...
Kini tinggallah aku di bumi Sintok ini berbekalkan segunung semangat untuk bergelar seorang mahasisiwi

Hehehehe tiba-tiba feeling pulak bila teringatkan masa lalu
Sememangnya aku yang sekarang bukanlah aku yang dulu namun semangat & kekentalan masih sama
Masih bersemangat & yakin menghadapi hidup malah bertambah kuat dengan kasih sayang Allah yang dihadirkan dalam bentuk dugaan & cabaran yang perlu dihadapi
Tabah, redha, usaha & yakin itulah kunci utama aku untuk terus melangkah...

Sehingga berjumpa lagi di coretan yang akan datang...

1 comment:

  1. bagus.. kekalkan semangat itu agr hrpn dn cita2 tercapai. :)

    ReplyDelete