Monday, May 21, 2012

My Resume


NAME : 206529

DATE OF BIRTH : 5 FEBRUARY 1990

AGE : 22 YEARS OLD

NATIONALITY : MALAYSIAN

RACE : MALAY

MARITAL STATUS : SINGLE

ADDRESS : N31, BLOK N, KOMPLEKS INSTITUSI PENDIDIKAN SRI LARKIN, JALAN TUN           ABDUL RAZAK, SUSUR 7, 80350 JOHOR BAHRU

EMAIL ADDRESS : nurhidayu1990@yahoo.com

EDUCATION :


2010 – 2013                UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH

                                    BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION 
                                    (HONS.)
                                    
2009                            SEK. MEN. KEB. TASEK UTARA
                                    JLN TUN ABDUL RAZAK, SUSUR 7, 80350, JOHOR BAHRU                                                                  
                                    SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
                                    MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
                                    
2008                            SEK. MEN. TEKNIK (ERT) AZIZAH
                                    JLN DATIN HALIMAH, 80350, JOHOR BAHRU, JOHOR
                                    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

EXPERIENCE

JANUARY - APRIL 2010     TASKA Q
                                               NO 32, JALAN PADI HUMA, BANDAR BARU UDA,81200,        
                                               JOHOR BAHRU
                                               TEMPORARY NURSERY TEACHER


CO-CURRICULAR ACTIVITIES

2011 – 2012                UUM  STUDENT RESIDENTIAL HALL SIME DARBY

                                    MEMBERS OF COMMITTEE BLOCK G , BLOCK G LEADER

2010                            UUM STUDENT RESIDENTIAL HALL SIME DARBY

                                    MEMBERS OF COMMITTEE BLOCK G, BLOCK G SECRETARY
2009                            SEK. MEN. KEB. TASEK UTARA
                                    JLN TUN ABDUL RAZAK, SUSUR 7, 80350, JOHOR BAHRU, JOHOR
                                    TREASURER OF PUTERI ISLAM ASSOCIATION
                                    MEMBERSHIPS OF FORM SIX ASSOCIATION (PERTINA)

LANGUAGE SKILLS

LANGUAGES
SPOKEN
WRITTEN
ENGLISH
ADVANCED
INTERMEDIATE
MALAY
ADVANCED
ADVANCED



                

Sunday, May 20, 2012

Menginsafi Kerdilnya Diri Ini...

Assalamualaikum kepada sahabat yang sentiasa dirahmati Allah Taala selalu..
Insyallah

Tidak semua orang mempunyai nasib yang serupa dan bertuah
Ucapan seperti "Fuh! nasib baik" selalu didengar
Tapi sedarkah kita semuanya adalah di atas ketentuan Yang Maha Esa
DIA kasihan pada kita tanpa kita sedari, tanpa sempat kita memohon sebenarnya DIA telah pun mendengar bisikan doa dari hati kecil kita

Sekadar berkongsi pengalaman yang dilalui semasa menyertai Program Seharian Berbakti pada 31 Mac 2012 yang lalu bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah,
Negeri Perlis membuatkan diri ini seakan tersedar bahawa kasih sayang Allah itu sangat luas sehingga tak terjangkau dek akal fikiran.

Setibanya di sini, rasa sedih singgah sebentar di naluri hati
Terkaku langkah seketika melihat kami disambut dengan renungan & senyuman dari anak-anak yatim yang tinggal di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah ini
Status mereka sama dengan status diri ini kini
Namun bezanya mereka sudah merasa kehilangan pada umur yang masih muda sekitar 4 hingga 14 tahun

Perjalanan aku bermula pada pukul 8 pagi dan tiba di sana sekitar pukul 10 pagi
Kami disambut oleh Umi, iaitu penjaga anak-anak yatim di rumah ini
Suatu panggilan yang cukup besar maknanya
Program bermula dengan ucapan dari Pengarah Projek dan ucapan alu-aluan dari Penaung Kompleks Penyayang Dr.Siti Hasmah
Seterusnya penyampaian cenderamata dari pihak UUM kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis





Program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan kediaman anak-anak yatim,dewan dan tempat beriadah mereka
Sebelum itu kami mengadakan aktiviti Ice-Breaking antara peserta dan anak-anak yatim
Kami sempat berkongsi cerita, idea dan saling bertukar pendapat
Ternyata mereka bijak berkata-kata & tidak kekok untuk menyesuaikan diri dengan orang luar
Pada jam 11.30 pagi kami beramai-ramai dijemput menghadiri majlis perkahwinan seorang penduduk kampung di situ yang letaknya tidak jauh dari Kompleks Penyayang
Kami bergerak menaiki bas UUM dan bas yang tersedia di kompleks ini
Sesampainya di sana, kami disambut dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir tuan rumah & kami dijamu dengan hidangan yang memang cukup lazat


Terima kasih sangat-sangat kepada pengantin dan tuan rumah yang sudi menerima kedatangan kami...

Kembali semula ke Kompleks Penyayang kami menunaikan solat Zuhur dan berkumpul semula di dewan makan Kompleks Penyayang untuk aktiviti seterusnya iaitu sukaneka
Setelah diterangkan serba sedikit perjalanan sukaneka dan acara yang dimainkan, kami bersama anak-anak yatim bergerak ke padang riadah
Berkumpul mengikut kumpulan masing-masing kami menghiburkan hati anak-anak yatim di sini dengan pelbagai acara antaranya mencari gula-gula dalam tepung dan banyak lagi
Keriuhan suara menunjukkan mereka begitu terhibur

Tamat sudah acara sukaneka ,kini perkara yang dinantikan sudah tiba iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang
Walaupun hadiah tidak seberapa tapi itu bukan ukurannya
Niat sebenar hati ini ingin menghiburkan hati & menabur bakti kepada mereka semampu yang boleh sudah dimakbulkan Allah
Terima Kasih Ya Allah!
Selesai kesemua acara dan ucapan penutup kami bergambar kenangan bersama sebagai tanda ingatan
Kami bertolak pulang pada pukul  5 petang
Sambil berjalan menuju bas aku sempat menoleh ke arah anak-anak yatim yang seakan tidak mahu melepaskan kami pergi....mungkin belum puas barangkali berseronok bersama kami
Namu jauh di sudut hati kecil aku satu iringan doa telah ku bisikkan agar mereka sentiasa sihat,ceria, cemerlang dalam pelajaran & dirahmati Allah selalu....Insyallah




Hanya satu pintaku, "Semoga usaha murni untuk terus mengerjakan aktiviti sebegini akan terus subur dalam jiwa aku dan rakan-rakan yang lain"...

Friday, May 18, 2012

Pengembaraan Pengalaman...

Assalamualaikum sahabat semua yg sudah semestinya masih bernafas atas belas kasihan Allah Taala...
Perjalanan hidup ini sememangnya cukup mencabar & penuh berliku
Hanya siapa yang kuat & sanggup bangkit semula selepas terjatuh sahaja akan berjaya
Heheheh tiba-tiba berfalsafah pulak

Kali ni nak kongsikan sedikit pengalaman yang aku lalui di Semester 4
Boleh dikatakan semuanya bermula dengan jawatan Ketua Blok yang aku sandang sejak di Semester 3 lagi
Tapi masa di Semester 3 aku tidak dapat melalui pengalaman menyertai program anjuran HEP di bawah seliaan Biro Tata Negara

Namun, Alhamdulillah kali ini dengan rasminya aku dijemput untuk menyertai Program Latihan Tranformasi Negara, Student Leadership Camp (SLC) Mahasiswa UUM anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang.
Aku bertolak bersama rakan-rakan pada 1 Mac 2012 dan bermalam di sana selama 2 malam.
Kami pulang ke UUM pada 3 Mac 2012 dengan penuh semangat dan kekuatan untuk melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Antara tentatif program ialah :

1 Mac 2012 (Khamis)
5.00 petang : Pergerakan ke BTN Balik Pulau.
8.30 malam : Tiba di BTN Balik Pulau, Pulau Pinang.
8.45 - 11.00 malam : Pendaftaran & taklimat kem.
12.00 malam : Kudapan & bergerak ke dorm masing-masing.

2 Mac 2012 (Jumaat)
6.00 pagi : Solat Subuh berjemaah & Tazkirah.
7.00 pagi : Sarapan.
7.30 pagi : Senaman & taklimat mengenai Town Explorace.
9.45 pagi : Menaiki bas untuk ke bandar Pulau Pinang.Kami memulakan explorace di tengah-tengah pusat bandar Pulau Pinang.
11.05 pagi : Destinasi pertama kami ialah Rumah Kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.



Dengan hanya berbekalkan RM5 kami dikehendaki beberapa tempat lagi di sekitar Pulau Pinang untuk mendapatkan check point sebelum pulang semula ke kem BTN Balik Pulau.
Untuk menjimatkan duit RM5, kami membuat keputusan untuk berjalan kaki ke Rumah Kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang jauhnya kira 20 kilometer dari tempat kami berada.
Pertama kali dalam hidup aku berjalan sejauh ini.
Sesampainya kami di rumah kenangan tersebut waktu melawat sudah tamat.Baru perasan yang hari intu hari jumaat. Patutlah diorang tutup awal.
Kami teruskan perjalanan ke check point seterusnya dengan belas kasihan dari Pak Cik Ahmad yang meluluskan check point kami & membenarkan kami bergerak ke destinasi seterusnya.

12.30 tengah hari : Maih di tempat sama dengan memikirkan jalan untuk ke destinasi kedua iaitu Taman Negara Pulau Pinang atau Penang National Park yang terletak sangat jauh dari tempat kami sekarang.
Bayangkan bagaimana kami mahu bergerak dari Taman Kampar ke Kuala Sungai Pinang???
Akhirnya seorang dari ahli kumpulan aku mendapat akal untuk menghubungi seorang sahabat ayahnya yang bekerja di Jabatan Penjara Pulau Pinang.
3.30 petang : Akhirnya kami tiba di Penang National Park dengan menaiki bas penjara.
Rasa kelakar pun ada.Tapi kami terpaksa bagi mendapatkan check point seterusnya dan  menamatkan expolerace kami.
5.30 petang : Aku dan ahli kumpulan tiba di destinasi ketiga dan terakhir explorace iaitu Penang Butterfly Farm yang terletak kira-kira 25 kilometer dari destinasi kedua tadi.Kami bergerak menaiki bas penjara.
Tiba di tempat kejadian kami menghadapi masalah dengan jawapan yang diberikan terhadap soalan check point.Jawapan kami salah katanya.
Ahli kumpulan kami terpaksa berulang-alik masuk ke taman rama-rama tersebut hanya ingin mendapatkan 1 jawapan tepat tanpa dikenakan kompoun.





6.30 petang : Akhirnya kami berjaya & meneruskan perjalanan ke bandar Pulau Pinang untuk mencari kedai cuci gambar.Kesesakan lalu lintas menyukarkan pergerakan kami.Ditambah lagi dengan cuaca hujan.
8.45 malam : Dipendekkan cerita setelah bersusah payah, akhirnya kami tiba di kem pada pukul 9 malam.
Kami merupakan kumpulan pertama yang tiba.Ini pertama kali juga untuk aku yang tidak makan sepanjang hari sambil terpaksa mengharungi perjalanan yang cukup memenatkan.Hanya berbekalkan sebotol air mineral dan sebungkus roti Gardenia 0.70 sen kami mengisi perut.

3 Mac 2012 ( Sabtu)
6.00 pagi : Solat subuh Berjemaah & Tazkirah.
7.00 pagi : Sarapan.
8.30 pagi : Senaman ringan dan bergerak ke kawasan Flying Fox dan abseiling.
Inilah sat yang aku nantikan.Maklumlah tak pernah cuba kedua-dua aktiviti ini.
Jadi dengan keberanian yang ada aku mencuba keduanya.
Rasa takut, gementar & gayat semua ada.Faham-faham je lah tempat tinggi.






Selepas mencuba kedua-dua aktiviti mencabar ni, rase puas & teruja mula manyelebungi diri
Rasa seperti kita telah berjaya mengharungi suatu cabaran dahsyat
Berbekalkan keberanian yg ada aku kuatkan kaki menaiki anak tangga kerana dalam fikiran mula terfikir yang peluang begini tidak mungkin datang lg untuk kali kedua
Aku bukan ada banyak duit untuk pergi ke mana-mana tempat yang menawarkan aktiviti ini...

2.30 petang : Check out dari dorm masing-masing.
3.30 petang : Rumusan dan majlis penutup.
5.00 petang : Pergerakan pulang ke UUM.

Oklah tangan pun dah penat menaip, cuma nak beritahu 1 perkara je "Berusahalah selagi mampu, Mnecubalah selagi terdaya & Bertawakallah kepada Allah kerana DIA memang sentiasa ada utk Hamba-NYA...
Aku bercerita lagi di coretan akan datang...
Insyallah...
Wassalam...

Wednesday, May 16, 2012

Demi Secebis Ilmu...

Assalamualaikum kpd semua sahabat...
Semoga diri anda dilindungi Allah selalu ye...

Kali ini nak berkongsi pengalaman aku di Semester 3
Semester 3 aku ini penuh dengan pelbagai emosi
Gembira !!! - ini antara emosi yang aku dapat rasakan pada semester 3

Kenapa gembira???
Sebab utama ialah Ko-K pada semester kali ini kami berjaya mendapat kelulusan untuk mengadakan Kegiatan Luar Kuliah (KLK) buat kali kedua
KLK kali ini kami dikehendaki untuk menjadi fasilatator kepada para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 SMK Bukit Payong,Pokok Sena, Kedah.

Kami bertolak pada tarikh 22 Oktober 2011 pada pukul 8 pagi dan tiba di sekolah tersebut sekitar pukul 11.30 pagi
Kami disambut meriah oleh para pelajar dan guru-guru SMK Bukit Payong yang menyambut kedatangan kami dengan penuh senyuman dan tangan terbuka

Berikut adalah tentatif hari kejadian:-


8.00 pagi : Pelajar bertolak keluar dari UUM pada pukul 8 pagi.Bas mengambil pelajar mengikut laluan. Pelajar yang tinggal di Laluan B berkumpul di hadapan Varsity Mall.

11.30 pagi : Tiba di S.M.K Bukit Payong.Para pelajar disambut oleh guru-guru dan pelajar S.M.K Bukit Payong dan kemudian menikmati makanan yang telah disediakan di kantin sekolah.
Para pelajar diberi taklimat mengenai pembahagian kumpulan dan aktiviti yang akan dijalankan bersama para pelajar S.M.K Bukit Payong yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2.
Setiap kumpulan diberi masa selama 1 jam untuk melakukan aktiviti dan berinteraksi dengan pelajar Tingkatan 1 dan 2 sekolah tersebut.Kumpulan pelajar UUM dibahagi kepada 4 kumpulan yang mewakili Kemahiran Belajar (Learning Skills) iaitu
(i) Kemahiran Membina Peta Minda.
(ii) Teknik Belajar Secara Berkumpulan.
(iii) Kemahiran Mengurus Masa.
(iv) Teknik Membaca dan Mengambil Nota.

12.00 – 2.00 petang : Pelajar UUM mula bergerak dalam kumpulan ke kelas yang telah ditetapkan.Setelah selesai aktiviti bersama pelajar S.M.K Bukit Payong,kumpulan pelajar akan bergerak ke kelas berikutnya secara bergilir-gilir.Aktiviti yang dilaksanakan oleh kumpulan saya ialah Kemahiran Mengurus Masa.
Para pelajar Tingkatan 1 dan 2 diajar membezakan antara perkara yang berfaedah dan kurang berfaedah di samping teknik-teknik menggunakan masa yang betul.
Setiap kegiatan atau perkara yang dilakukan boleh menjadi berfaedah jika masa tersebut digunakan dengan betul.Setiap teori yang disampaikan diselang-selikan dengan aktiviti yang membuatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 tidak bosan.Sebagai contoh nyanyian lagu Jambatan Goyang-goyang berjaya membuatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 terhibur.
Ujian kepantasan turut diadakan bagi memberi peringatan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 tentang betapa berharganya masa jika kita pandai mengurusnya dengan mendahulukan perkara yang wajib dan masa akan boleh dijimatkan jika mempunyai peraturan dan mematuhinya.
Para pelajar Tingkatan 1 dan 2 juga diberi jadual harian yang akan membantu mereka menyusun aktiviti harian mereka bermula dari bangun tidur sehinggalah hari berikutnya.Mereka perlu mengisi jadual tersebut berdasarkan aktiviti harian yang mereka lakukan.

2.20 petang : Kumpulan pelajar UUM selesai menyempurnakan tugas mereka.Kumpulan pelajar UUM bergegas ke kantin sekolah untuk jamuan makan tengah hari dan solat.
Selesai menjamu selera terdapat sesi penyerahan cenderahati daripada pelajar UUM kepada wakil guru S.M.K Bukit Payong.
Sebelum pulang pelajar UUM turut dibekalkan dengan kudapan iaitu kuih dan air kotak.

2.40 petang : Sesi bergambar di hadapan pintu sekolah sebagai kenangan.

2.55 petang : Kami bertolak pulang ke UUM dengan menaiki bas berbekalkan kenangan manis dan harapan yang menggunung bahawa para pelajar sebentar tadi dapat mempraktikkan segala yang telah mereka perolehi dalam kehidupan seharian.

2.55 petang : Menaiki bas untuk pulang ke UUM.

Seronok rasanya jika dapat menjadi seorang guru yang mampu berkongsi ilmu dimiliki bersama anak-anak murid...memberi tanpa mengharapkan balasan...berjasa tanpa mengharapkan penghormatan...

Di sini aku kongsikan sedikit memori manis bersama rakan-rakan unit KO-K dan para pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Bukit Payong...









Rasanya belum mencukupi lagi ilmu yang kami ingin kami tuntut dan kongsikan bersama para pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Bukit Payong...mungkin jika masih ada kelapangan kami akan berkunjung lagi ke sekolah kalian...
Insyallah..marilah sama-sama kita serahkan kepada Allah Taala kerana DIA adalah penentu segalanya...

Sunday, May 13, 2012

Ana Uhibbuka Fillah...





Dengan hati kita kenal Allah...
Semoga kita dapat mendekatkan hati kita dengan Sang Pencipta...
Dengan mengingati Allah juga hati menjadi tenang...
Insyallah...

The Real Life!

Assalamualaikum buat semua sahabat diluar sana yg sentiasa berada di dlm redha Allah selalu...
Kali ini masih ingin berkongsi cerita mengenai semester 2 aku di UUM

Kegiatan Luar Kuliah @ KLK merupakan satu aktiviti di luar kampus yang dianjurkan oleh sub-unit ko-k
aku iaitu Pembangunan Masyarakat
Ramai tertanya-tanya kenapa aku pilih subjek ini untuk ko-k aku...
Jawapan aku senang je,
"Untuk membantu membangunkan masyarakat secara holistik & jalinan hubungan yg baik kerana dengan perhubungan yang baik kita boleh memberi nasihat, pandangan & dorongan kpd segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum & agama"
Kita mungkin tidak mampu utk membantu dr aspek kewangan @ harta benda tetapi kita boleh membantu dengan perkongsian maklumat, idea & pengalaman dengan harapan mereka mengambil iktibar dr pengalaman yg dikongsikan bersama serta tidak mengulang semula kesilapan yg pernah kita lakukan...

KLK ini sangat bagus (pd pandangan aku lah kan) sebab dengannya kita mampu meneroka dunia luar & merasai apa yg org lain x pernah rasai
Bukan nak berlagak tp mmg betul
Tak semua org di dunia ni mampu masuk ke universiti, oleh itu bg aku yg sudah diterima masuk ke universiti ini merasakan inilah peluang yg perlu aku kejar & dptkan
Kerana selepas graduasi kita tak mungkin dpt melakukan perkara yg sama semasa di dlm universiti
Kita juga tak mungkin mampu mencari pengalaman yg sama apabila melangkah masuk ke alam pekerjaan

Oleh itu, pengalaman yg diraih semasa di UUM ini bakal menjadi pegangan buat aku apabila sudah bekerja nanti...bukan utk diri aku sahaja tetapi utk semua rakan-rakan aku

Kunjungan ke Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas & Universiti Sains Malaysia merupakan KLK pertama kami
Kami bertolak dr UUM pada seawal jam 8 pagi dan tiba di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti pada jam sekitar 12.15 tengah hari
Kami dibawa melihat kanak-kanak yang ditinggalkan & membesar tanpa ayah dan ibu mereka
Dari sang bayi sehinggalah yang berumur sekitar 1 hingga 4 tahun
Rasa kasihan mula menyentuh sanubari hati






Kami tidak dibenarkan mengambil gambar mereka demi maruah yg perlu dilindungi
Walaupun kenangan itu tali ikatannya ialah gambar tapi kami akur dengan arahan dari pihak atasan rumah kanak-kanak tersebut
Sempat menunaikan solat Zuhur di situ sebelum meneruskan perjalanan ke USM, Penang

Rombongan kami tiba di USM sekitar jam 3 petang
Kami dibawa melawat sekitar USM & kemudian ke Pusat Racun Negara yg menjadi kebanggaan warga USM...
Nak tahu kenapa????
Sebab Pusat Racun ini adalah satu-satunya yg ada di Malaysia
Kami pun tumpang gembira kerana sudah menjejakkan kaki di sini
Kami diterangkan serba sedikit tentang jenis2 racun & penyakit-penyakit yang boleh didapati apabila kita terkena racun





Sebelum pulang kami sempat berkunjung sebentar di Queensby Mall, Penang
Orang Penang cakap mall ni tempat paling famous kat Penang
Memang betul pun, ramai sangat pengunjungnya
Dengan deretan kedai yang banyak & jualan baranagan yang cukup branded tak hairanlah ia menjadi tempat tumpuan bukan sahaja pelancong malah penduduk tempatan

Ok lah smapai sini coretan utk kali ini
Sudah semsertinya saya akan berkongsi pengalaman lain pd coretan akan dtg
Insyallah...

Tuesday, May 1, 2012

Cukup Mencabar!

Asalamualaikum semua sahabat....
Semoga di dalam redha Allah sentiasa.

Kali ni nak bercerita tentang Semester 2 aku di UUM
Kenapa aku kata mencabar????

Hehehehe pertama kali menerima & menggalas tugas sebagai pengarah projek sememangnya cukup menguji kesabaran & keimanan aku
Cabaran pertama ialah memilih ahli jawatankuasa yg benar2 boleh bekerja & mampu bertoleransi dgn baik, ternyata pemilihan ini tidak mudah seperti yg disangka
Percaya sahaja tidak cukup, kita perlukan seseorg yg boleh beri komitmen sepenuhnya terhdp tugas
Sepanjg proses sebelum, semasa & selepas projek boleh dikatakan hidup aku memang tak tenteram

Huhuhuhu betul ckp org jd pengarah projek ni mmg tak lena tidur
Byk benda yg perlu diambil kira
Dari aspek hubungan individu sesama ajk sampailah hubungan dengan orang atasan semuanya perlu diurus dengan sebaiknya...tapi bagi aku semua tu ok je kalau kita mampu bertahan dengan berdoa & bertawakal dengan terus berusaha, Insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar...
Jadi mcm itulah jugak dengan projek aku ni, selepas mengharungi pelbagai dugaan & rintangan akhirnya ia berlangsung juga pada tarikh 1 April 2011.
Tajuk projek aku Asean Culture Documentary.Pengisiannya ialah pameran buku dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah, tayangan dokumentari,soalan kuiz, persembahan & cabutan bertuah.Makanan juga disediakan.
Di sini aku kongsikan sedikit kenangan aku...

Material Pameran






Pemenang Cabutan Bertuah


Persembahan

Bersama Pengetua DPP Sime Darby melihat Bahan Pameran

Sesi Menanda Kuiz


Barisan Ahli Jawatankuasa Program Asean Culture Documentary
Nampaknya setakat ini dulu coretan kali ini....
Insyallah kita berjumpa lg di coretan akan dtg....