Friday, May 18, 2012

Pengembaraan Pengalaman...

Assalamualaikum sahabat semua yg sudah semestinya masih bernafas atas belas kasihan Allah Taala...
Perjalanan hidup ini sememangnya cukup mencabar & penuh berliku
Hanya siapa yang kuat & sanggup bangkit semula selepas terjatuh sahaja akan berjaya
Heheheh tiba-tiba berfalsafah pulak

Kali ni nak kongsikan sedikit pengalaman yang aku lalui di Semester 4
Boleh dikatakan semuanya bermula dengan jawatan Ketua Blok yang aku sandang sejak di Semester 3 lagi
Tapi masa di Semester 3 aku tidak dapat melalui pengalaman menyertai program anjuran HEP di bawah seliaan Biro Tata Negara

Namun, Alhamdulillah kali ini dengan rasminya aku dijemput untuk menyertai Program Latihan Tranformasi Negara, Student Leadership Camp (SLC) Mahasiswa UUM anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang.
Aku bertolak bersama rakan-rakan pada 1 Mac 2012 dan bermalam di sana selama 2 malam.
Kami pulang ke UUM pada 3 Mac 2012 dengan penuh semangat dan kekuatan untuk melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Antara tentatif program ialah :

1 Mac 2012 (Khamis)
5.00 petang : Pergerakan ke BTN Balik Pulau.
8.30 malam : Tiba di BTN Balik Pulau, Pulau Pinang.
8.45 - 11.00 malam : Pendaftaran & taklimat kem.
12.00 malam : Kudapan & bergerak ke dorm masing-masing.

2 Mac 2012 (Jumaat)
6.00 pagi : Solat Subuh berjemaah & Tazkirah.
7.00 pagi : Sarapan.
7.30 pagi : Senaman & taklimat mengenai Town Explorace.
9.45 pagi : Menaiki bas untuk ke bandar Pulau Pinang.Kami memulakan explorace di tengah-tengah pusat bandar Pulau Pinang.
11.05 pagi : Destinasi pertama kami ialah Rumah Kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.



Dengan hanya berbekalkan RM5 kami dikehendaki beberapa tempat lagi di sekitar Pulau Pinang untuk mendapatkan check point sebelum pulang semula ke kem BTN Balik Pulau.
Untuk menjimatkan duit RM5, kami membuat keputusan untuk berjalan kaki ke Rumah Kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang jauhnya kira 20 kilometer dari tempat kami berada.
Pertama kali dalam hidup aku berjalan sejauh ini.
Sesampainya kami di rumah kenangan tersebut waktu melawat sudah tamat.Baru perasan yang hari intu hari jumaat. Patutlah diorang tutup awal.
Kami teruskan perjalanan ke check point seterusnya dengan belas kasihan dari Pak Cik Ahmad yang meluluskan check point kami & membenarkan kami bergerak ke destinasi seterusnya.

12.30 tengah hari : Maih di tempat sama dengan memikirkan jalan untuk ke destinasi kedua iaitu Taman Negara Pulau Pinang atau Penang National Park yang terletak sangat jauh dari tempat kami sekarang.
Bayangkan bagaimana kami mahu bergerak dari Taman Kampar ke Kuala Sungai Pinang???
Akhirnya seorang dari ahli kumpulan aku mendapat akal untuk menghubungi seorang sahabat ayahnya yang bekerja di Jabatan Penjara Pulau Pinang.
3.30 petang : Akhirnya kami tiba di Penang National Park dengan menaiki bas penjara.
Rasa kelakar pun ada.Tapi kami terpaksa bagi mendapatkan check point seterusnya dan  menamatkan expolerace kami.
5.30 petang : Aku dan ahli kumpulan tiba di destinasi ketiga dan terakhir explorace iaitu Penang Butterfly Farm yang terletak kira-kira 25 kilometer dari destinasi kedua tadi.Kami bergerak menaiki bas penjara.
Tiba di tempat kejadian kami menghadapi masalah dengan jawapan yang diberikan terhadap soalan check point.Jawapan kami salah katanya.
Ahli kumpulan kami terpaksa berulang-alik masuk ke taman rama-rama tersebut hanya ingin mendapatkan 1 jawapan tepat tanpa dikenakan kompoun.





6.30 petang : Akhirnya kami berjaya & meneruskan perjalanan ke bandar Pulau Pinang untuk mencari kedai cuci gambar.Kesesakan lalu lintas menyukarkan pergerakan kami.Ditambah lagi dengan cuaca hujan.
8.45 malam : Dipendekkan cerita setelah bersusah payah, akhirnya kami tiba di kem pada pukul 9 malam.
Kami merupakan kumpulan pertama yang tiba.Ini pertama kali juga untuk aku yang tidak makan sepanjang hari sambil terpaksa mengharungi perjalanan yang cukup memenatkan.Hanya berbekalkan sebotol air mineral dan sebungkus roti Gardenia 0.70 sen kami mengisi perut.

3 Mac 2012 ( Sabtu)
6.00 pagi : Solat subuh Berjemaah & Tazkirah.
7.00 pagi : Sarapan.
8.30 pagi : Senaman ringan dan bergerak ke kawasan Flying Fox dan abseiling.
Inilah sat yang aku nantikan.Maklumlah tak pernah cuba kedua-dua aktiviti ini.
Jadi dengan keberanian yang ada aku mencuba keduanya.
Rasa takut, gementar & gayat semua ada.Faham-faham je lah tempat tinggi.






Selepas mencuba kedua-dua aktiviti mencabar ni, rase puas & teruja mula manyelebungi diri
Rasa seperti kita telah berjaya mengharungi suatu cabaran dahsyat
Berbekalkan keberanian yg ada aku kuatkan kaki menaiki anak tangga kerana dalam fikiran mula terfikir yang peluang begini tidak mungkin datang lg untuk kali kedua
Aku bukan ada banyak duit untuk pergi ke mana-mana tempat yang menawarkan aktiviti ini...

2.30 petang : Check out dari dorm masing-masing.
3.30 petang : Rumusan dan majlis penutup.
5.00 petang : Pergerakan pulang ke UUM.

Oklah tangan pun dah penat menaip, cuma nak beritahu 1 perkara je "Berusahalah selagi mampu, Mnecubalah selagi terdaya & Bertawakallah kepada Allah kerana DIA memang sentiasa ada utk Hamba-NYA...
Aku bercerita lagi di coretan akan datang...
Insyallah...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment