Sunday, May 20, 2012

Menginsafi Kerdilnya Diri Ini...

Assalamualaikum kepada sahabat yang sentiasa dirahmati Allah Taala selalu..
Insyallah

Tidak semua orang mempunyai nasib yang serupa dan bertuah
Ucapan seperti "Fuh! nasib baik" selalu didengar
Tapi sedarkah kita semuanya adalah di atas ketentuan Yang Maha Esa
DIA kasihan pada kita tanpa kita sedari, tanpa sempat kita memohon sebenarnya DIA telah pun mendengar bisikan doa dari hati kecil kita

Sekadar berkongsi pengalaman yang dilalui semasa menyertai Program Seharian Berbakti pada 31 Mac 2012 yang lalu bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah,
Negeri Perlis membuatkan diri ini seakan tersedar bahawa kasih sayang Allah itu sangat luas sehingga tak terjangkau dek akal fikiran.

Setibanya di sini, rasa sedih singgah sebentar di naluri hati
Terkaku langkah seketika melihat kami disambut dengan renungan & senyuman dari anak-anak yatim yang tinggal di Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah ini
Status mereka sama dengan status diri ini kini
Namun bezanya mereka sudah merasa kehilangan pada umur yang masih muda sekitar 4 hingga 14 tahun

Perjalanan aku bermula pada pukul 8 pagi dan tiba di sana sekitar pukul 10 pagi
Kami disambut oleh Umi, iaitu penjaga anak-anak yatim di rumah ini
Suatu panggilan yang cukup besar maknanya
Program bermula dengan ucapan dari Pengarah Projek dan ucapan alu-aluan dari Penaung Kompleks Penyayang Dr.Siti Hasmah
Seterusnya penyampaian cenderamata dari pihak UUM kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis





Program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan kediaman anak-anak yatim,dewan dan tempat beriadah mereka
Sebelum itu kami mengadakan aktiviti Ice-Breaking antara peserta dan anak-anak yatim
Kami sempat berkongsi cerita, idea dan saling bertukar pendapat
Ternyata mereka bijak berkata-kata & tidak kekok untuk menyesuaikan diri dengan orang luar
Pada jam 11.30 pagi kami beramai-ramai dijemput menghadiri majlis perkahwinan seorang penduduk kampung di situ yang letaknya tidak jauh dari Kompleks Penyayang
Kami bergerak menaiki bas UUM dan bas yang tersedia di kompleks ini
Sesampainya di sana, kami disambut dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir tuan rumah & kami dijamu dengan hidangan yang memang cukup lazat


Terima kasih sangat-sangat kepada pengantin dan tuan rumah yang sudi menerima kedatangan kami...

Kembali semula ke Kompleks Penyayang kami menunaikan solat Zuhur dan berkumpul semula di dewan makan Kompleks Penyayang untuk aktiviti seterusnya iaitu sukaneka
Setelah diterangkan serba sedikit perjalanan sukaneka dan acara yang dimainkan, kami bersama anak-anak yatim bergerak ke padang riadah
Berkumpul mengikut kumpulan masing-masing kami menghiburkan hati anak-anak yatim di sini dengan pelbagai acara antaranya mencari gula-gula dalam tepung dan banyak lagi
Keriuhan suara menunjukkan mereka begitu terhibur

Tamat sudah acara sukaneka ,kini perkara yang dinantikan sudah tiba iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang
Walaupun hadiah tidak seberapa tapi itu bukan ukurannya
Niat sebenar hati ini ingin menghiburkan hati & menabur bakti kepada mereka semampu yang boleh sudah dimakbulkan Allah
Terima Kasih Ya Allah!
Selesai kesemua acara dan ucapan penutup kami bergambar kenangan bersama sebagai tanda ingatan
Kami bertolak pulang pada pukul  5 petang
Sambil berjalan menuju bas aku sempat menoleh ke arah anak-anak yatim yang seakan tidak mahu melepaskan kami pergi....mungkin belum puas barangkali berseronok bersama kami
Namu jauh di sudut hati kecil aku satu iringan doa telah ku bisikkan agar mereka sentiasa sihat,ceria, cemerlang dalam pelajaran & dirahmati Allah selalu....Insyallah




Hanya satu pintaku, "Semoga usaha murni untuk terus mengerjakan aktiviti sebegini akan terus subur dalam jiwa aku dan rakan-rakan yang lain"...

No comments:

Post a Comment