Semoga diri anda dilindungi Allah selalu ye...
Kali ini nak berkongsi pengalaman aku di Semester 3
Semester 3 aku ini penuh dengan pelbagai emosi
Gembira !!! - ini antara emosi yang aku dapat rasakan pada semester 3
Kenapa gembira???
Sebab utama ialah Ko-K pada semester kali ini kami berjaya mendapat kelulusan untuk mengadakan Kegiatan Luar Kuliah (KLK) buat kali kedua
KLK kali ini kami dikehendaki untuk menjadi fasilatator kepada para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 SMK Bukit Payong,Pokok Sena, Kedah.
Kami bertolak pada tarikh 22 Oktober 2011 pada pukul 8 pagi dan tiba di sekolah tersebut sekitar pukul 11.30 pagi
Kami disambut meriah oleh para pelajar dan guru-guru SMK Bukit Payong yang menyambut kedatangan kami dengan penuh senyuman dan tangan terbuka
Berikut adalah tentatif hari kejadian:-
8.00 pagi : Pelajar bertolak keluar dari UUM pada pukul 8
pagi.Bas mengambil pelajar mengikut laluan. Pelajar yang tinggal di Laluan B
berkumpul di hadapan Varsity Mall.
11.30 pagi : Tiba di S.M.K Bukit Payong.Para pelajar
disambut oleh guru-guru dan pelajar S.M.K Bukit Payong dan kemudian menikmati
makanan yang telah disediakan di kantin sekolah.
Para pelajar diberi taklimat
mengenai pembahagian kumpulan dan aktiviti yang akan dijalankan bersama para
pelajar S.M.K Bukit Payong yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2.
Setiap
kumpulan diberi masa selama 1 jam untuk melakukan aktiviti dan berinteraksi
dengan pelajar Tingkatan 1 dan 2 sekolah tersebut.Kumpulan pelajar UUM dibahagi
kepada 4 kumpulan yang mewakili Kemahiran Belajar (Learning Skills) iaitu
(i) Kemahiran Membina Peta Minda.
(ii) Teknik Belajar Secara Berkumpulan.
(iii) Kemahiran Mengurus Masa.
(iv) Teknik Membaca dan Mengambil Nota.
12.00 – 2.00 petang : Pelajar UUM mula bergerak dalam
kumpulan ke kelas yang telah ditetapkan.Setelah selesai aktiviti bersama
pelajar S.M.K Bukit Payong,kumpulan pelajar akan bergerak ke kelas berikutnya
secara bergilir-gilir.Aktiviti yang dilaksanakan oleh kumpulan saya ialah Kemahiran
Mengurus Masa.
Para pelajar Tingkatan 1 dan 2 diajar membezakan antara
perkara yang berfaedah dan kurang berfaedah di samping teknik-teknik
menggunakan masa yang betul.
Setiap kegiatan atau perkara yang dilakukan boleh
menjadi berfaedah jika masa tersebut digunakan dengan betul.Setiap teori yang
disampaikan diselang-selikan dengan aktiviti yang membuatkan pelajar Tingkatan
1 dan 2 tidak bosan.Sebagai contoh nyanyian lagu Jambatan Goyang-goyang berjaya
membuatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 terhibur.
Ujian kepantasan turut diadakan bagi memberi peringatan
kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 tentang betapa berharganya masa jika kita
pandai mengurusnya dengan mendahulukan perkara yang wajib dan masa akan boleh
dijimatkan jika mempunyai peraturan dan mematuhinya.
Para pelajar Tingkatan 1
dan 2 juga diberi jadual harian yang akan membantu mereka menyusun aktiviti
harian mereka bermula dari bangun tidur sehinggalah hari berikutnya.Mereka
perlu mengisi jadual tersebut berdasarkan aktiviti harian yang mereka lakukan.
2.20 petang : Kumpulan pelajar UUM selesai menyempurnakan
tugas mereka.Kumpulan pelajar UUM bergegas ke kantin sekolah untuk jamuan makan
tengah hari dan solat.
Selesai menjamu selera terdapat sesi penyerahan
cenderahati daripada pelajar UUM kepada wakil guru S.M.K Bukit Payong.
Sebelum
pulang pelajar UUM turut dibekalkan dengan kudapan iaitu kuih dan air kotak.
2.40 petang : Sesi bergambar di hadapan pintu sekolah
sebagai kenangan.
2.55 petang : Kami bertolak pulang ke UUM dengan menaiki bas berbekalkan kenangan manis dan harapan yang menggunung bahawa para pelajar sebentar tadi dapat mempraktikkan segala yang telah mereka perolehi dalam kehidupan seharian.
2.55 petang : Menaiki bas untuk pulang ke UUM.
Seronok rasanya jika dapat menjadi seorang guru yang mampu berkongsi ilmu dimiliki bersama anak-anak murid...memberi tanpa mengharapkan balasan...berjasa tanpa mengharapkan penghormatan...
Di sini aku kongsikan sedikit memori manis bersama rakan-rakan unit KO-K dan para pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Bukit Payong...
Rasanya belum mencukupi lagi ilmu yang kami ingin kami tuntut dan kongsikan bersama para pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Bukit Payong...mungkin jika masih ada kelapangan kami akan berkunjung lagi ke sekolah kalian...
Insyallah..marilah sama-sama kita serahkan kepada Allah Taala kerana DIA adalah penentu segalanya...
No comments:
Post a Comment